PART 1

Pelajar lepasan SPM 2017 sudah mula berkurangan di dewan terbuka SMK Parit Jawa. Hanya aku dan Bella yang duduk meratapi keputusan yang cukup-cukup makan.
Kami bercadang hendak menyambung pelajaran di Uitm . Namun aku tidak tahu sama ada aku layak atau tidak.
Bella menghayunkan kakinya sementara menani kedatangan abangnya.
Kau nak ikut aku tak?'' soal Bella.
Segan juga sebenarnya . Aku tidak pernah melihat abangnya selama kami berkawan .
Tak apalah. Aku jalan kaki je..'' Aku terus mengatur langkah.
Bella tidak memaksa. Mungkin dia sudah cukup masak dengan perangaiku.
Aku menyusuri jalan raya sambil berfikir dimana akan aku mulakan masa depanku.
Hujan mula turun perlahan. Aku membuka langkah sedikit laju.
Kain baju kurung aku angkat sedikit bagi memudahkan langkahku.
Tiada satu pun perhentian bas yang aku temui disini . Hujan semakin lebat.
" Cik Raudhah Ufairah? Jom.'' Aku mendongak untuk melihat tangan siapa yang melindungiku dari hujan.
Aku yang sedang duduk di pondok usang Pak Maon terus saja megelak.
" Awak siapa ? '' Terkejut aku dibuatnya bila satu susuk tubuh yang tidak pernahku lihat sebelum ini.
Jangan-jangan penculik.
Woii .. Itu abang akulah. Marilah masuk cepat . '' Bella mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta Hond City berwarna hitam.
Aku merenung wajah abangnya itu. Dia hanya tersenyum dan memberiku jaketnya .Aku terus masuk kedalam kereta dengan keadaan basah kuyup.
Kenapa kau tak keluar ? ''Soalku pada Bella.
Dia merenungku.
" Abang aku tak bagi..'' Jawabnya ringkas.
Aku hanya berdiam ketika abangnya sudah masuk kedalam kereta.
Aku sangat sensetif dengan sejuk . Penyaman udara keretanya diperlahankan . Mungkin dia sedar aku sudah tidak henti-henti bersin.
Sampai saja di rumah , aku terus membasahkan tubuh. Aku duduk di hadapan komputer ribaku.
Terpanah pandanganku diarah jaket abang Bella .
Alamak! Lupa pula nak bagi balik.
Aku menepuk dahiku .
Aku terus menghantar kiriman kepada Bella. Namun tiada balasan.
Aku hanya tersenyum sambil memerhati jaket itu.
Pintu bilikku di ketuk kuat .
" Ayah panggil . '' sapa kakakku , Raudhah Uriyah.
Tapi kitaorang panggil Eyya je.
Aku dengan hati yang berkocak terus keluar menghadap ayah.
" Macam mana result? '' Soal ayah.
Aku menghulur slip keputusan SPM ku.
Ayah nak Ufairah masuk tahfiz kawan ayah. '' Aku terus memandang ayah.
Aku terkejut dan tidak percaya.
Dengan sikapku yang jarang solat , mengaji tersekat-sekat . Bagaimana hendak aku teruskan hidup di sekolah Tahfiz?
Kalau saja Ibu masih hidup ....
Aku tidak mampu menolak . Mungkin ayah ingin aku menjadi anak yang solehah dan taat pada Tuhan.
Aku redha.

Ufairah , lepak jom?
Bella mengirim pesanan kepadaku .
Rumah kami tidaklah jauh sangat . Cuma yang menyebabkan jauh bila aku digoda untuk singgah warung kak Midah Janda tu. Memang jauhlah buatnya.
Ayah tidak melarangku untuk berkawan dengan Bella walaupun kami berbeza agama. Kerana hanya dia temanku sejak kecil.
Nah , bagi abang kau tahu.'' aku menghulurkan jaketnya.
Bella memandangku dan menolak jaket itu.
" Kau simpanlah dulu . Abang aku dah balik Terengganu. '' Jelas Bella.
Aku terkejut .
Baru aku teringat , abangnya kini menuntut di Politeknik Terengganu .
Aku memasukkan kembali jaket itu kedalam beg.
" Tadi , abang aku ada tanya pasal kau.. '' Bella bersuara sambil memasukkan keropok kedalam mulutnya.
Aku memandangnya.
" Tanya apa?'' entah kenapa tiba-tiba saja aku tertarik bila teringat akan abangnya.
Bella tersenyum sambil merenungku.
" Jatuh cinta ek dengan abang aku? '' soalnya sambil menunding jari ke arahku.
Aku menepisnya.
" Eh takde maknanya. ''aku menafikan.
Bella hanya menaikkan keningnya sambil tertawa kecil.
Persisiran pantai menjadi pilihan kami untuk menikmati hari-hari yang singkat.
Berapa umur abang kau ek? Dah tua ke? '' tiba-tiba saja soalan itu keluar dari bibirku.
Bella memandangku sambil tersenyum lebar.
" Saya 24 . awak 18 kan ? '' satu suara menerja kami.
Aku terus saja membetulkan kedudukanku menahan malu.
" Haah . '' hanya itu yang mampu aku katakan.
Bella sengaja menipuku tentang abangnya.
Sungguh aku tidak sangka abangnya ada disitu sejak tadi.
" Kejap ek , aku beli air kat depan tu .. '' Bella sengaja membiarkan aku dan abangnya berbual.
Nama saya Adam Ethan. Panggil Adam pun takpe. '' dia memulakan perkenalan sambil tersenyum.
Aku tidak memandangnya kerana malu. Aku juga tidak ingin memperkenalkan diriku . Pasti Bella sudah menceritakan tentangku.
maaf , saya tak biasa panggil orang yang lebih tua dengan nama . '' jawabku .
Dia memandangku .
" Eh saya tua sangat ke ?'' keningnya sedikit berkerut .
Bella menghampiri kami sambil tertawa kuat.
Dam , kau kena faham . kawan aku ni bukan macam kita. Ni bakal ustazah tau .'' Bella menepis bahu Adam.
Hampir jatuh dibuatnya .
Matanya tidak teralih dariku.
Wah , bakal ustazah. Takpe , panggil saya abang pun okey . '' Adam bersuara dan memintaku memanggilnya abang.
Aku memandang Bella. Dia hanya mengangguk.
" Aa..bang ? '' aku menoleh arah mereka berdua.
Bella menepuk bahuku .
" Peliklah Ufairah kau macam tu . Tak sesuai tau ? '' Bella terus menolakku.
Ganas sungguh rakanku ini walaupun badannya kecil.
Jam sudah menunjukkan 5 petang. Aku meminta izin untuk pulang .
Ufairah , hati-hati .. '' Adam tersenyum memandangku.
Aku hanya mengangguk.
Malam itu aku menerima panggilan dari nombor yang tidak diketahui.
" Hai Ufairah , abang ni . '' sapanya dari dalam talian.
Abang? Setahu aku , hanya Kak Eyya je adik beradik ku.
Oh ya ! Adam. Atau lagi tepat Abang Adam.
Maaf , Ufairah lupa tadi . '' sahutku rasa bersalah.
Dia sekadar ingin mengatakan bahawa dia akan pulang Terengganu esok hari . Dan akan balik kampung bila tiba cuti semester.
Keluarga Bella merupakan keluarga yang berada. Walaupun mereka beragama kristian katolik , mereka tetap menghormati penduduk kami disini.
Setiap kali krismas , mereka akan pulang ke Kuala Lumpur untuk berkumpul dengan keluarga mereka. Itulah setiap tahun Bella dan keluarga.
Ayahku juga telah menghantar namaku kepada rakannya untuk didaftar ke sekolah Tahfiz Babussalam . Aku hanya menanti bila aku akan kesana.
Baru saja aku cuba menutup mata , aku terus teringat akan jaket dalam beg aku.
Aku terus mendail nombor Adam semula.
Abang , maaf ganggu. Tapi jaket abang ni nanti saya bagi Bella ek? '' aku bersuara perlahan. Takut didengari ayah.
" Takpe , Ufairah simpan je . '' sungguh lembut suaranya.
Aku terus tersenyum .

Aku menarik nafas panjang. Sudah sebulan aku tidak bertemu rakanku , Bella.
Abangnya juga tidak lagi menghantar pesanan untukku.
Aku mendail nombor Bella dan mengajaknya untuk berjumpa.
Baru saja aku memakai kasut , ayah sudah memanggilku.
" Nah , isnin depan kita pergi . '' Ayah menghulurkan sepucuk surat.
Aku diterima untuk menjadi pelajar Tahfiz di Indonesia .
" Ayah cakap Tahfiz kat Kelantan ? Kenapa Indonesia ? '' aku terkejut seakan tidak mampu menerima takdir.
Ayah taknak anak perempuan ayah sesat. '' ayah terus masuk ke dalam bilik.
Sungguh aku tidak faham maksud ayahku.
Aku menemui  Bella dengan mata yang bertakung airmata.
Kau sabar okey . Sekarang ni aku pun tak dapat contact abang aku sendiri.. '' sergah Bella.
Aku tidak dapat menafikan lagi . Bahawa aku sudah mulai menyayangi Adam.
Aku sudah terikat dengan kebaikannya , kesungguhannya dan caranya menghormatiku.
Hanya Kak Eyya yang membantuku mengemas barang. Aku hanya mampu menanti panggilan dari Adam sambil merangkul kemas jaketnya.
Kak Eyya tidak memarahiku kerana dia tahu , ini cintaku yang pertama .
Dia tahu betapa banyak Adam merubahku walaupun baru sekali kami berjumpa.
Ufairah , jom jalan-jalan. '' Kak Eyya mengajakku bertemu Bella.
Entah kenapa aku begitu lemah.
Seakan aku dapat merasakan aku tidak lagi berpeluang menemui Adam.
Aku duduk di pondok yang aku dan Bella dirikan dulu. Aku merenung jauh pantai yang luas dihadapanku sambil memeluk jaket milik Adam.
Apakah ayah tahu tentang perasaanku?
Apakah ayah menentang cinta pertamaku?
Apakah Adam bukan untukku ?
Ufairah ? '' suara yang aku rindu .
Aku menoleh belakang . Benar . Itu Adam.
Dia terus menghampiriku . Kak Eyya dan Bella hanya memerhati kami dari jauh .
" Abang , esok Ufairah akan pergi jauh . Kita tak kan dapat jumpa lagi . '' sergahku sambil menahan tangis.
Abang tahu .. maafkan abang buat Ufairah macam ni . '' Adam merenungku dengan penuh makna.
" Abang .. Ufairah sebenarnya , ... '' aku tidak dapat meneruskan ayatku . Airmataku sudah mengalir deras.
Entah kenapa terlalu berat untuk aku pergi .
Dengar cakap ayah Ufairah . Abang bukan siapa-siapa . Abang tak boleh halang Ufairah pergi. Pergilah Ufairah. Tunaikan permintaan ayah. Abang pasti Ufairah akan temui kebahagiaan . '' Adam merenung dalam mataku .
Matanya juga berkaca.
Abang tunggu Ufairah boleh ? '' aku cuba menahan airmataku .
Jatuh airmata jantan Adam kali ini.
" Abang cuba Ufairah. Izinkan abang cari diri abang dulu . '' Adam terus beredar dari situ.
Bella dan Kak Eyya terus menghampiriku dan memelukku .
Sabar Fairah . Awak kuat , akak tahu . '' Kak Eyya memujukku.
Sungguh jiwaku terlalu muda untuk dipisahkan dan diuji soal perasaan.
Semalaman aku tidak tidur dan cuba mencari balik diriku yang dulunya kuat.
Aku harus kuat .

Sekitar 5 pagi , kami sudah bertolak ke lapangan terbang.
Kini , aku dalam perjalanan menuju Tahfiz .
Kalau benar Adam jodohku , maka kami akan bertemu kelak .
Andai tidak , redhai aku Ya Allah..

Comments