Part 3
Mohd Hadif bin Malik ? Silakan .'' Kiai mulai bicara dengan memanggil nama yang aku tertanya-tanya empunyanya siapa.
Tirai ditarik perlahan oleh Aliya untuk memberi ruang kami melihat terus insan yang akan mengetuai orentasi kami disini.
Terkejut aku dibuatnya .
Biar betul dialah Hadif yang Kak Aisyah maksudkan?
Lelaki yang sentiasa menundukkan pandangannya. Aku menggelengkan kepalaku dan fokus dengan lelaki
yang berkulit putih dan bersongkok itu. Lelaki Melayu yang menjadi kepercayaan Kiai Harun untuk mengambil alih tugas Ustaz Badri hari ini.
Assalammualaikum semua. Saya Hadif , seperti yang semua dah tahu. Maaf sekiranya sukar di fahami apa yang saya cuba sampaikan.
InsyaAllah jika ada soalan atau kurang faham , angkat tangan dan saya akan jawab. '' Penerangannya yang panjang itu sungguh membuat aku terpegun.
Panjang lebar penjelasannya dalam ajaran islam . Kadang ada juga penuntut yang kurang faham dan terus saja bertanya.
Aku tahu dia merupakan pelajar kesayangan Kiai Harun sejak dulu lagi . Dia satu-satunya pelajar yang dibawa oleh Kiai untuk menimba ilmu disini.
Walaupun sudah hampir 10 tahun mereka tinggal disini , mereka tetap tidak lupa akan bahasa ibunda mereka . Tidak hairanlah Hadif juga sukar untuk bertutur dalam bahasa Indonesia.
Rupanya masih ada perantau seperti mereka yang tidak lupa bumi dipijak.
" Siapa ada soalan? '' soalnya setelah hampir setengah jam membicarakan topik perkahwinan dan remaja.
Aku tanpa segan silu mengangkat.
Dia memandangku dan tersenyum .
Aku melihat kiri kananku dan kembali melihatnya.
Risau pula kalau aku saja yang perasan dia senyum.
" Ukhti nak tanya apa? '' Dia melontarkan soalannya sekali lagi.
Aku memandang rakan-rakanku yang lain . Mereka memberi isyarat untuk aku bersuara.
" Saya nak tanya , boleh tak kita ada niat nak kahwin dengan orang yang bukan muslim? '' Secara tiba-tiba soalan itu menghantui fikiranku.
Matanya tertumpu padaku . Namun dia terus saja tersenyum.
" Alhamdulillah , itu maksudnya awak dah bersiap sedia bimbing bakal suami awak. '' jawabnya ringkas.
Aku memandang kearah lagi . Tidak aku faham maksudnya.
Namun aku biarkan saja persoalanku dan memberi ruang kepada yang lain.
Aku tengok kau tadi lain macam je . ada something ke dengan soalan kau? '' soal Najwa padaku.
Aku sekadar senyum dan belum bersedia menceritakan kepada mereka mengenai Abang Adam.
Awak , awak tudung putih . '' panggil seseorang dari belakang.
Aku memandang tudung-tudung kami . Ya , hanya aku yang memakai tudung putih.
Aku datang menghampiri Hadif .
" Kenapa ek? '' soalku penuh tanda tanya.
Dia menggaru kepalanya seakan ingin menyatakan sesuatu.
" Nah, awak baca buku ni. Apa-apa tak faham , awak tanya je saya. Assalammualaikum ..'' dia terus berlari setelah memberiku buku berjudul Rinduku Tidak Terlunas.
Aku membiarkan saja dan terus pulang ke rumah.
Buku apa tu? Untunglah .. Best student bagi buku. '' sindir Balqis sambil menggosok tudungnya .
Aku tidak mengendahkan mereka. Malah aku terus saja membelek buku itu mencari siapakah penulisnya.
Namun tiada.
Mungkin buku lama.
Aku membuka halaman pertama .
Hidup kita sudah dirancang sejak azali ,
tinggal kita yang menjalaninya.
Redha dengan takdir Maha Esa.
Sungguh aku tertarikk dengan kiasan itu.
Buku yang setebal buku teks sudah habis aku amati.
Cuma sukar untuk aku fahami.
Assalammualaikum kak Aisyah . '' aku mengetuk pintu bilik Kak Aisyah.
Aku menyerahkan buku itu dan meminta diperjelaskan.
" Ufairah masih muda untuk faham maksud buku ini sayang. Insya Allah suatu hari nanti .. '' hanya itu yang Kak Aisyah mampu katakan.
Aku membiakan saja tentang buku ini.
Kadang aku terserempak dengan Hadif di perpustakaan , namun tidak bertegur.
Tak sangkakan , dah setahun kita kat sini. '' Awadah bersuara ketika mengemas baju-bajunya untuk pulang ke tanahair esok .
Aku dari petang tadi dah bersiap.
Rindu rasanya pada ayah , kakak dan Bella.
Sejak aku tiba disini , baru tiga kali ayah menghubungiku .
Bella juga waktu cuti pernah menghubungiku melalui panggilan video.
Dia masih seperti dulu.
Nanti kau orang datanglah rumah aku. Kita buat makan-makan sikit. '' ajakku pada mereka.
Lagipun aku tahu , Najwa sudah mempunyai lesen kenderaan sendiri.
Mereka hanya mengangguk dan mula meminta menu sendiri.
Semasa aku menanti Driver bus di hadapan Madrasah , Hadif menghampiriku.
Assalammualaikum awak.. '' sapanya.
Aku menyahutnya sambil tersenyum.
Awak Raudhah Ufairah kan? '' soalnya kekok.
Aku hanya mengangguk.
Lantas dia menghulurkan sebuah kotak berwarna merah jambu.
Pada mulanya aku enggan membukanya namun apabila dia mengatakan , kotak ini penentu masa depannya.
Aku akur dan menerimanya.
Buka kotak ni lepas awak tahajud malam ni . '' pintanya.
Aku hanya mengangguk.
Harap terbangunlah . Aku kalau dah penat . Hurm...
" Kenapa akak lambat ?? Ayah mana kak ? '' soalku bertalu-talu .
Wajah Kak Eyya berubah sedikit.
Matanya juga lebam sedikit seperti kesan menangis.
Hatiku mulai tidak tenteram.
Sampai saja dihadapan rumah , hatiku mulai tidak keruan .
Kenapa ni kak? '' soalku lagi.
Mustahil ayah ingin menyambut kepulanganku dengan sebgini meriah.
Aku keluar dari kereta dan benar apa yang aku bayangkan tadi.
Perkara yang menjadi hitamnya pandanganku setelah melihat.
Sekujur tubuh ayah terbaring kaku di ruang tamu.
Aku terus memeluk tubuh ayah yang sudah dingin.
Aku mencium berkali-kali dahi dan pipinya.
" Ayah , Ufairah balik ni .. kenapa ayah tinggalkan Ufairah? Ayah bangunlah.. '' hanya itu yang aku mampu lafazkan tika itu.
Kakak Eyya memeluk erat tubuhku seakan tidak ingin aku mendekati jenazah ayah lagi.
" Akak .. Ayahh kak .. kenapa ayah ? '' terasa sebak di hati bila aku disambut dengan pemergian insan yang aku sayang itu.
Pecah tangisanku di hadapan semua orang.
Setahun aku tidak menemui ayah dan kini aku tidak akan menemuinya lagi.
" Ayah maafkan Ufairah ayah.. '' aku seakan tidak lagi berdaya dan terpaksa redha dengan ketentuan Allah SWT.
Semoga ayah tenang disana.
Aku pulang ke rumah dengan rasa yang bertukar. Aku membuka bagasiku dan membelek kurta yang aku belikan untuk ayah.
Tidak sempat ayah melihat hadiah dariku.
Aku membelek telefon bimbitku . Group whatsapp kami bereempat kembali aktif.
Kau orang datang rumah aku esok okay .
Aku terus saja membaringkan diri sambil meratap gambar ayah di meja belajarku.
Fairah , ayah sempat bagi ni sebelum ayah koma hari tu .. '' Kak Eyya memberiku utusan terakhir ayah.
Assalammualaikum puteri-puteri ayah .
Maafkan ayah seandainya gagal menjadi ayah yang terbaik buat kalian berdua.
Maafkan ayah seandainya terlalu mendesak puteri ayah , Raudhah Ufairah untuk menuntut jauh dari
pandangan ayah. Ayah taknak puteri ayah melihat keadaan ayah yang begini.
Maafakan ayah seandainya menyusahkan puteri sulung ayah , Raudhah Uriyah untuk menjaga ayah selama ini.
Ingatlah , setelah ketiadaan ayah nanti , jagalah agama , iman dan diri kalian.
Ayah pergi dulu ..
Sekali lagi tangisanku tidak tertahan.
Hati bercampur rasa bersalah . Aku tidak tahu bagaimana untuk aku jelaskan.
Dulu ayah menentang hubunganku dan Abang Adam.
Apakah sekarang aku perlu berhenti berharap?
Aku cuba melelapkan mata dan tidur .
Sekitar 2 pagi aku terjaga dan segera menunaikan solat tahajud.
Aku membuka kotak pemberian Hadif pagi tadi. Meski hati diruntun duka , amanat orang aku harus tunaikan.
Sehelai tudung dan purdah terlipat rapi.
Aku membaca nota ringkas tulisannya.
Saya nak awak jadi zaujah saya . Awak sudi tak?
kalau awak sudi , awak akan pakai pemberian saya bila awak balik sini.
Dan saya akan jumpa wali awak secepat mungkin.
Tergamam aku dibuatnya.
Aku tidak tahu apa yang rasakan.
Seakan aku menemui jalan buntu tika ini.
Aku cuba melupakan semua dan kembali lagi menitiskan airmata.
Apakah pemergian ayah ini diganti oleh Hadif ?
Bagaimana dengan janji Abang Adam?
Ya Allah aku buntu.
Ayah aku dah takde ..'' kali ini Bella dan yang menziarahi ku dirumah.
Mereka memelukku erat .
Aku tahu kau kuat , Fairah. '' Pujuk Bella.
Aku menghulurkan kotak pemberian Hadif kepada mereka.
Mereka sangat terkejut dan tidak percaya.
Begitu juga Bella . Dia tahu aku menyayangi abangnya.
Apa keputusan kau ? '' soal Najwa.
Aku hanya menggeleng .
" Kau nak jumpa abang aku tak?'' soal Bella.
Aku memandangnya .
" Dia nak ke jumpa aku? '' soalku lagi.
Dia hanya menarik nafas panjang.
Tapi kau masih study kan? '' giliran Awadah bersuara.
Airmata ku kembali menitis . Sungguh dilema aku mengingati pemergian ayah dan kehadiran Hadif .
Dimana akhirnya cinta kita Abang?
lawyer ayah call tadi . Penyataan wasiat akan dibuat bila Ufairah dah genap 20 tahun. Akak tak kisah kalau Ufairah nak kahwin."
Jelas kak Eyya yang tiba-tiba datang dari belakang kami.
Bella memandangku penuh kerisauan.
" Ufairah keliru kak. ''
Ufairah keliru dengan janji Adam dan lamaran Hadif kan? '' potong kak Eyya.
Aku diam.
Kita orang always support kau Fairah. Apa-apa jadi kita orang tetap ada untuk kau. '' Bella memelukku.
" Aku nampak jumpa abang Adam sebelum aku tentukan keputusan aku. Tolong aku ye. '' Aku meminta Bella mengaturkan pertemuan kami.
Bella menarik nafas panjang .
" Dia akan kahwin bulan depan... '' Bella seakan berat untuk memberitahu hal sebenar.
Aku senyum .
Sehari sebelum aku pulang ke tempatku menuntut , aku menemui abang Adam di lapangan terbang.
Sungguh rindu aku dengan raut itu.
Fairah , maafkan abang ye. Abang gagal . Maafkan abang ..'' hanya itu yang dia mampu katakan.
Aku tunduk dan cuba tersenyum.
" Fairah tahu abang baik. Ada yang lagi terbaik menanti kita. Ufairah doakan abang bahagia. '' Aku terus berpaling.
Airmataku tidak lagi tertahan dan terus saja Awadah , Balqis dan Najwa mendapatiku.
Baru saja aku kehilangan ayah , kini aku melepaskan cintaku yang pertama.
Bismillah aku siap.
Turun saja aku dari bas , aku memakai purdah pemberian Hadif bulan lepas.
Mereka terkejut kerana aku tiba-tiba saja memakainya .
You're strong enough ,Fairah .. '' Awadah menepuk bahuku.
Aku melangkah masuk ke alam baruku.
Hadif yang sibuk mengemas buku-buku di masjid aku hampiri perlahan.
Assalammualaikum , bakal suamiku.. '' sapaku.
Hadif berpaling dan menyahut salamku.
Dia tersenyum dan terus saja sujud syukur sambil mengucapkan syukur kehadrat Allah.
Aku terharu kerana masih ada lelaki yang begitu bersyukur kerana bakal memilikiku.
Inikah takdirku ............
Comments
Post a Comment