Part 3
Mohd Hadif bin Malik ? Silakan .'' Kiai mulai bicara dengan memanggil nama yang aku tertanya-tanya empunyanya siapa. Tirai ditarik perlahan oleh Aliya untuk memberi ruang kami melihat terus insan yang akan mengetuai orentasi kami disini. Terkejut aku dibuatnya . Biar betul dialah Hadif yang Kak Aisyah maksudkan? Lelaki yang sentiasa menundukkan pandangannya. Aku menggelengkan kepalaku dan fokus dengan lelaki yang berkulit putih dan bersongkok itu. Lelaki Melayu yang menjadi kepercayaan Kiai Harun untuk mengambil alih tugas Ustaz Badri hari ini. Assalammualaikum semua. Saya Hadif , seperti yang semua dah tahu. Maaf sekiranya sukar di fahami apa yang saya cuba sampaikan. InsyaAllah jika ada soalan atau kurang faham , angkat tangan dan saya akan jawab. '' Penerangannya yang panjang itu sungguh membuat aku terpegun. Panjang lebar penjelasannya dalam ajaran islam . Kadang ada juga penuntut yang kurang faham dan terus saja bertanya. Aku tahu dia merupakan pelajar ...