Posts

Showing posts from March, 2018

Part 3

Mohd Hadif bin Malik ? Silakan .'' Kiai mulai bicara dengan memanggil nama yang aku tertanya-tanya empunyanya siapa. Tirai ditarik perlahan oleh Aliya untuk memberi ruang kami melihat terus insan yang akan mengetuai orentasi kami disini. Terkejut aku dibuatnya . Biar betul dialah Hadif yang Kak Aisyah maksudkan? Lelaki yang sentiasa menundukkan pandangannya. Aku menggelengkan kepalaku dan fokus dengan lelaki yang berkulit putih dan bersongkok itu. Lelaki Melayu yang menjadi kepercayaan Kiai Harun untuk mengambil alih tugas Ustaz Badri hari ini. Assalammualaikum semua.  Saya Hadif , seperti yang semua dah tahu. Maaf sekiranya sukar di fahami apa yang saya cuba sampaikan. InsyaAllah jika ada soalan atau kurang faham , angkat tangan dan saya akan jawab. '' Penerangannya yang panjang itu sungguh membuat aku terpegun. Panjang lebar penjelasannya dalam ajaran islam . Kadang ada juga penuntut yang kurang faham dan terus saja bertanya. Aku tahu dia merupakan pelajar ...

Part 2

" Tempat orang nanti jaga adab , jaga diri . Jangan malukan ayah." Itulah pesan ayah yang  sehingga kini aku ingat. Ya benar. aku baru saja melangkah masuk ke alam baruku. Entah bagaimana aku hendak mulakan kehidupanku tanpa rakanku , Bella dan kakakku . Ayah ingin aku berdikari . Aku cuba. Aku menikmati jalan sekitar Jakarta. Memang sibuk perjalanan disini. " Ayah Ufairah sihat tak ? '' soal Haji Rahman , rakan ayahku. Aku sekadar mengangguk . " Nanti Ufairah tinggal dengan Ustazah Aisyah ye ? dia adik pakcik.'' Aku membiarkan saja dia bercakap sendirian. Fikiranku masih pada Malaysia. Awak Ufairah? '' soal Ustazah Aisyah yang sepertinya berumur 30an. Tudungnya labuh sangat sesuai dengan ketinggiannya itu. Terserlah wajah keibuan . " Ye saya ustazah. '' aku mencium tangannya. " Panggil kak Aisyah je. '' dia mengusap lembut kepalaku. Tenang rasanya . Dia menunjukkan bilikku yang terkemas rapi. Namun yang...

PART 1

Pelajar lepasan SPM 2017 sudah mula berkurangan di dewan terbuka SMK Parit Jawa. Hanya aku dan Bella yang duduk meratapi keputusan yang cukup-cukup makan. Kami bercadang hendak menyambung pelajaran di Uitm . Namun aku tidak tahu sama ada aku layak atau tidak. Bella menghayunkan kakinya sementara menani kedatangan abangnya. Kau nak ikut aku tak?'' soal Bella. Segan juga sebenarnya . Aku tidak pernah melihat abangnya selama kami berkawan . Tak apalah. Aku jalan kaki je..'' Aku terus mengatur langkah. Bella tidak memaksa. Mungkin dia sudah cukup masak dengan perangaiku. Aku menyusuri jalan raya sambil berfikir dimana akan aku mulakan masa depanku. Hujan mula turun perlahan. Aku membuka langkah sedikit laju. Kain baju kurung aku angkat sedikit bagi memudahkan langkahku. Tiada satu pun perhentian bas yang aku temui disini . Hujan semakin lebat. " Cik Raudhah Ufairah? Jom.'' Aku mendongak untuk melihat tangan siapa yang melindungiku dari hujan. Aku ...